Sunday, November 3, 2013

Pertemuan Alam Maya

Hai!

Update blog setahun 2 kali pun ok apa. Dari tak update langsung. So kemana kita kali ni? Rasanya nak ceritakan pengalaman bersama kawan kawan alam maya. Ye. Kawan dari Twitter, Instagram, Facebook, whatsapp, Wechat, LINE. Ok social sangat kau ni Nazri.

Kali ni kita ke Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi Universiti Putra Malaysia.

Hari tu hari jumaat. Bas sepatutnya pukul 3.30pm tertukar jadi pukul 3.00pm. Semua sebab takut punya pasal. Takut jalan jammed, takut tak sempat, takut tertinggal bas, takut takut takut. Bila entah kau nak berani? Oh ye. Datang KL dengan kawan alam maya juga. Osman (@manyusoef)

Masuk je dalam bas tak sampai 15 minit seorang Nazri dah berdengkur. Oh well. Itu perkara biasa. Kat mana lagi tempat yang seronok nak tidur kalau bukan dalam bas. Sejuk, bergerak gerak sikit macam buai dan juga gelap. Fuhhh.

Janji dengan Zamir (@zmrznn) juga kawan alam maya, pukul 7 baru sampai. Tapi disebabkan takut tadi, pukul 6 dah terpacak dekat hentian serdang. Dalam 630 Zamir sampai. Jammed katanya. Hiks.

Destinasi penginapan kali ni adalah bilik Zamir di Kolej 17 UPM, Serdang. Mandi, solat, kena jalan kaki jauh, bilik besar, tak ada roommate, UPM cantik, tu semua tak payah beritahu la kot kan? Ok teruskan.

Aktiviti malam tu adalah dinner bersama Razik (@mohd_razik) dan Wan (@WanZulqhairi). Diorang ni pun kawan dari alam maya pun rasanya tak payah bagitahu kot. Destinasi yang dituju adalah Chop n Steak Sri Serdang. Lama tak jumpa, mula mula malu. Lama lama masih malu. Nazri kan.

Oh ya. Tujuan utama datang Kuala Lumpur a.k.a UPM ni sebab nak raikan konvo Razik. Dah dapat master engko. Ko ada?








_tamat hari satu_







Saturday, April 20, 2013

Rombongan ke sabah II



Hai Nazri! Jumpa lagi.

Nak terus hari ke tiga ke nak bebel bebel dulu? Teruskan je lah ye. Hari ke tiga 28 febuari 2012. Pagi tu masing masing bangun awal sebab menurut Wan perjalanan dari rumah dia ke kaki gunung agak jauh. Lagi satu, kena awal awal sebab bila matahari dah naik, puncak gunung akan diliputi kabus. So pukul 5 semua dah bangun. Semangat kan? Mestilah semangat Nazri, nak tengok gunung kinabalu kot. Masing masing siap siap nak mandi. Lepas tu sampai turn aku, tiba tiba air tak ada. Cinabeng betul. Tapi bukan aku sorang je tak mandi okay. Akif dengan naim pon tak sempat nak mandi. Ini semua salah Abbas. Eh. Hihihihi.

Dengan tak mandi semua tu bergerak la kami ke kaki gunung kinabalu yang terletak di Kundasang. Jalan dia berbukit bukau, bengkang bengkok dan sempit. Menakutkan. Ada juga tanya Wan kenapa tak buat highway, dia kata kawasan tu tak boleh diusik lagi dah. Dah jadi hak (tak ingat nama lagi :( ). Jalan punya jalan punya jalan, sampai la ke kaki gunung kinabalu tu.




Kami sampai dekat kaki gunung kinabalu tu (Kinabalu park) lebih kurang pukul 10 pagi. Masa keluar dari kereta amboi rasa macam duduk dalam ekon. Sejuk dia bukan main. Punya lah eksited nak tengok puncak gunung tu kan sekali dah tertutup sikit dengan kabus. Sedih la sikit tapi peduli apa kan. Ada kabus ke takde kabus ke, gambor tetap kami tangkap barang seratus dua lagi.



Lepak lepak pusing pusing dekat kinabalu park tu lama juga. Sebab dia macam ada hutan rekreasi sikit lepastu ada pokok macam tak pernah tengok, tu yang jakun sikit.

Lepas bergerak dari Kinabalu park tu, kami pun pergi ke Bandar kundasang. Sebab Wan kata nak pergi ke Kundasang War Memorial. Dekat situ ada kubur kubur askar Australia. Eh kenapa Australia aku pun tak sure. Haritu tahu tapi harini dah lupa. Eleh dah setahun kot, memanglah lupa! Dekat situ dia ada list kan nama orang orang Australia yang mati masa perang dekat situ dan dekat situ jugak ada taman taman yang cantik. Tengok gambar lah!



Penat berjalan perut pun lapar. Kami pun singgah ke satu kedai ni. Wan kata makanan yang sedap dekat situ adalah sup. Maka kami semua pun order la sup. Dekat sabah ni macam pelik sikit. Atas meja dia ada kicap, cili, cuka dengan aaaaaa dengan emmm aaaaaa lupa. Yang lupa tu yang pelik sebenarnya. Dan dan pulak tak tangkap gambor kan. Masa makan sape nak tangkap gambo.


Bila dah kenyang, perjalanan kami teruskan ke New Zealand. Kahkahkah. Ok kandang lembu sebenarnya. Pemandangan dia memang sebijik macam New Zealand. Kahkah. Macam la pernah pergi New Zealand. Ok ok. Tempat tu memang cantik, rumput hijau, udara yang sejuk, tenang. Boleh nampak gunung kinabalu lagi. Memang perfect. Tapi sayangnya bau taik lembu ada dimana mana. Dekat kandang lembu ni ada kilang proses susu lembu. Apa nama brand tu entah. Masa dekat situ siap beli banyak banyak susu tu sebab sedap sangat. Sekali tu balik batu pahat rupanya ada je susu tu dekat Carrefour. Hek elehh.


Lepas puas tangkap tangkap gambar dekat tempat lembu tu, kitorang gerak ke Masjid area kundasang tu. Yelah masa tu dah lebih kurang pukul 1. Memandangkan ada tiga manusia comel tak mandi, maka kami pun bersependapat nak mandi dekat masjid tu. Bila dah siap siap semua, masa curah air ke badan tu, Ya Allah, sampai ke tulang rasa sejuk dia. Menggigil gigil jangan nak kata lah. Menyesal pun ada sebab bangun lewat kat rumah tadi. Masa kat masjid tu jugak akif terperasan tayar kereta macam nak pecah sikit, jadi kitorang cadangkan supaya tukar tayar kereta tu memandangkan kami nak gerak jauh.

Dah siap semua urusan, kami bergerak ke poring hot spring. Dekat poring lah kot. Jarak antara poring dengan kundasang lebih kurang 3 ke 4 jam. So maksudnya jarak kami dengan kota kinabalu adalah 3+2. Ye dah 5 jam. Tapi dari kundasang ke poring ni turun bukit kan, so boleh cepat sikit, walaupun jalan dia macam ular sawa.


Dekat poring ni ada air panas. Ye la nama pun poring hot spring. Sampai poring lebih kurang pukul 4. Dah gelap sikit. Selain ada air panas, dekat situ jugak ada jambatan gantung. Tapi dia tutup pukul 4 sebab jambatan tu jauh. Dia takut kalau pergi jugak nanti balik malam katanya. So dengan sedikit kecewa, kami mandi air panas je.

Tak lama pun dekat sana kami pun get ready nak balik. Dalam pukul 6 kami bertolak. Hujan turun renyai2 dan kadang kadang lebat. Jalan dah makin gelap, bengkang bengkok. Mata masing masing dah layu. Jarak kami sekarang dengan tempat tinggal dalam 5 jam. 2 jam naik bukit, 3 jam turun bukit. Takut? Ha Ha Ha. Mesti ingat lagi kan takut dia macam mana kan? Alhamdulillah tak ada apa apa walaupun kereta belakang sikit lagi nak kena langgar dengan bas. Ngeri! Dalam pukul 11 lebih kami sampai KK.

Hari terakhir dekat sabah kami pergi ke pasar Filipina. Pasar ni letaknya dekat Bandar KK je. Dekat situ ada jual mutiara, baju, ikan masin, ah kira barang2 kraftangan semua ada. Yang penting pearl dia murah murah saja. Plan asal nak duduk situ sejam je. Tapi masing masing shopping tak ingat dunia, dekat 3 jam juga dekat sana. Lepas tu plan nak pusing Bandar KK, pergi muzium semua tak sempat. Tiket flight pukul 4, pukul 2 baru sampai rumah Wan. Packing tak lagi, siap siap tak lagi. So masa yang ada tu semua packing. Macam biasalah, beg penuh. Pergi pulak cari kotak. Ikut plan asal. 215 kena keluar dari rumah sebab nak kena check in pukul 310 paling lewat. Tapi sebab lambat packing dekat 245 baru keluar. Lepas tu jalan dekat KK jammed pulak. Masing masing dah takut. Takut tak sempat nak check in. Takkan nak beli tiket lagi? Gila. Otw pergi airport tu masing masing diam je. Semua risau. Mak wan dah sampai airport banyak kali call. Tapi berkat kesungguhan para pemandu, kami sampai hampir2 310. Sampai airport, lari lari pergi check in. Macam dalam movie chuolls. Tapi pedulik apa. Akhirnya Berjaya juga kami check in. Flight delay beberapa jam. Kami sampai senai dalam jam 8 malam.

Sekian.

Terima kasih kawan kawan. Pengalaman yang aku dapat aku akan ingat sampai bila bila. Terima kasih. XOXO





Wednesday, March 13, 2013

Rombongan ke Sabah



Hai Nazri !



Masa entry ni aku tulis, aku tengah dengar lagu SNSD (Girl’s Generation) – I Got A Boy. Ye Nazri, masa kau muda muda dulu, kau memang gilakan diorang ni (SNSD). Lebih kurang macam kpoperz tegar juga la. Malu kan? Haha.  Tak apa la, biar kau tahu dulu kau suka dengar lagu korea, kau suka tulis kecik besar kecik besar, tu semua kau.





Meowww~


Kau apa khabar sekarang? Entry kali ni aku nak tulis pasal trip pergi sabah. Memang dah lama trip ni,tapi kalau aku tak tulis nanti aku lupa, so aku tulis mana yang aku ingat je la ye.



Pagi tu tanggal 26 februari 2012 aku awal awal dah bangun. Semangat lah katakan first time nak naik flight. Tiket flight pukul 1030 tapi aku sampai dekat senai tu dalam pukul 830 macam tu, sempat juga la breakfast dekat McDonald.  Pukul 1030 flight pun gerak. Eh masa tu jantung aku punyalah berdebor. Mana taknya, takut nak naik flight lagi, mana nak kena ingat setiap detik sebab nak cerita kat orang kampong lagi, nak fikir terhempas ke tidak flight tu lagi, nak fikir dekat atas sana kang kalau nak terberak macam mana lagi. Nasib baik tak pecah jantung. Tapi Alhamdulillah semua selamat. Oh ya, aku batuk sikit masa tu. Sekarang kau batuk lagi tak? Kehkeh




Dalam flight lebih kurang dalam 2 jam. So sampai sana around 1230pm. Dekat sana orang kereta sewa dah tunggu dekat airport. Dua biji viva sebab aku datang 7 orang. Oh lupa, Kawan kawan aku tu Amir, Ridhwan, Abbas, Azreen, Naim, Akif. Kau ingat lagi tak kat diorang Nazri? Sebab kereta ada dua, maka berpecah lah. Kereta aku tiga orang (aku ridhwan abbas ) dengan kereta belakang (amir akif azreen).  Naim naik flight malam.



Sampai sabah tempat first aku pergi rumah Ridhwan, dekat area Kota Kinabalu tu . Sampai sampai adik dia dah masak. Sebab belum lunch kitorang pun terus makan. Masa tu menu aku dah tak ingat tapi ada dalam 5 6 menu jugak la. Dan untuk kali pertama aku makan telur penyu. Hurmmm. Sedap. Hurmmm 




Selesai makan, kitorang pusing pusing Bandar KK. Mula mula singgah dekat masjid KK. Amboi cantik betul siap terapung apung gitu. Lepas pergi masjid kami singgah ke Jesselton port. Lepak lepak minum minum tepi pantai chuols. Pelancong la katakan. Dah lewat petang sikit kitorang gerak pergi pantai tanjung aru sementara nak tunggu flight naim sampai pukul 1030pm. Dekat tg aru ni la kitorang tengok sunset. Stay dekat pantai sampai pukul 9 gitu lepas tu baru gerak pergi airport. Oh ye, dekat tg aru tu siap kena saman lagi. Kemain pelancong kena sama tau. Lepas ambil naim aku pergi makan lagi, pusing pusing Bandar KK lepastu terus balik rumah, tido. Tamat hari pertama.




Backstreet boys sabah

Hari Kedua- 27 Februari 2012 – Bangun awal gila sebab kononnya nak pergi kaki gunung kinabalu tapi sebab ada yang terbangun lambat, kitorang cancel plan. Terus pergi kampung Ridhwan, Sipitang. Lagipun masa tu Abbas nak cari buat terap dan menurut Ridhwan buah tu ada dekat Sipitang ni. Sipitang ni kira sempadan sabah dan Sarawak (katanya). Perjalanan dari KK ke Sipitang sangatlah jauh. Bergerak jam 8 pg sampai sipitang lebih kurang pukul 1pm. Bila sampai pasar pun dah tutup, buah pun tak dapat beli terus kitorang singgah Esplanad Sipitang. Tangkap gambo seratus dua lepas tu baru pergi ke kampung Ridhwan. Dekat situ kami lepak lepak kejap. Oleh sebab banyak cerita hantu yang aku dengar dekat kampung dia tu, aku pun lepak je dekat ruang tamu. Dan oleh kerana masing masing letih, kami tidur sampai lebih kurang pukul 3.


Esplanad Sipitang chuols

"Abanggggg...". "Oh sayanggggg.." Pertemuan dua cinta

Kerana kekecewaan sebab pasar dah tutup, Ridhwan pun decide nak pergi (isi nama tempat dengan rekaan sendiri sebab aku lupa). Dekat situ pun tak ada buah terap tu. Lepas tu masing masing dah merungut lapar. Pusing pusing area tempat tu sampai la kami lalu satu lorong sempit. “Eh patah balik lah” Ada orang kata. Masa jalan nak cari tempat nak u-turn tetiba kami nampak sungai dan tepi sungai tu ada kedai yang cantik (amboi macam cerita bunian pula). Ok tapi ini betul, kedai cantik tepi sungai tu buka dan ada orang makan. Kami pun decide nak makan dekat situ. Masa baru nak order tiba tiba bot datang dekat tepi kedai. Bawa udang galah chuols. Terus serta merta budak budak ni order udang galah. Masa ni akif kata nak belanja. Makan punya makan. Kenyang. Ah mestilah kenyang kan? Takkan mengatuk pula. Tapi mengantuk juga lah!

Amboi sengaja letak besor besor


Tengah tengah makan, kakak owner kedai tu offer naik bot. Bayar la uols, takkan naik free je. Dia kata boleh memancing atas bot tu sambil tengok monyet apa kejadah nama tah. Monyet tu hanya ada dekat kawasan tu je (katanya). Masing masing pandang antara satu sama lain. Dah tentu lah aku tak nak. Aku kan berani. Kahkahkah. Tapi lepas semua setuju nak naik, aku pun join je lah. Sementara tunggu bot sampai ada la dua tiga bot lalu. Mak oi takutnya bukan main tengok bot bot tu. Takde bumbung, kecik, kalau terbalik macam mana? Aku dah la tak pandai berenang L. Tapi syukur kepada Yang Maha Esa. Bot yang sampai untuk ambil kami tu besar dan ada bumbung. Jalan jalan la tengok monyet, monyet hidung besor tu. Ah aku lupa nama. Nampak la sekor dua kat dahan2 pokok. Ada monyet beckham jugak sebab rambut dia terpacak. Lepastu gelap, guruh dan hujan. Ok ini menakutkan. Di tengah sungai yang besar, hujan pula turun dengan sangat lebat.

"Inilah barisan kita..." *nyanyi*

Kan dah kata sungai ni besor


Pakcik bot tu berhentikan bot dekat tepi tepi pokok nipah. Masa tu ada mulut celupar tanya. “dekat sini ada buaya tak”. Pakcik tu jawab “mestilah ada”. Amboi kemain berdebor hati nurani ittew. Masa tu macam nampak buaya lalu tengah tengah sungai. Lepastu buaya tu pun datang dekat bot dan libas bot kami lalu bot pun terbalik. Lalu semua mati. Tapi itu semua imaginasi.



Sebab tunggu hujan tak reda reda, pakcik tu pun jalan je. Tengok lagi dua tiga jenis monyet tak ingat nama jugak. Ada la sekor dua sebab hujan kan, masing masing dah balik rumah. Pusing pusing kejap. Kami pun naik ke darat semula. Dengan basah, penat, kami pun pulang ke KK.



Dalam perjalanan pulang ke KK kami singgah rumah Wan dekat Papar, makan malam. Dalam pukul 9 kami gerak dari Papar terus ke KK. Masa tu dua tiga orang sakit perut dan gatal gatal. Mungkin penangan udang sungai. Sampai KK around 11pm, yang sihat sihat ni (yang tak sakit lah! bukan gemuk) pergi Bandar KK cari air kelapa untuk mereka mereka yang terkulai. Tido. Tamat hari kedua.


Oklah Nazri, aku dah penat nak taip. Nanti aku sambung lagi ok. Tunggu tau. Zam zam alakazam *hilang*

Tuesday, March 12, 2013

19


Hai

Hari ini dua belas mac dua ribu tiga belas. Maksudnya hanya ada sembilan belas hari lagi untuk aku bertungkus lumus menyiapkan segala yang tertangguh sejak 2 3 tahun yang lalu.

Risau? Sedih? Takut? Menyesal? Ah persetankan semua rasa tu. Ini jalan yang aku dah pilih, dan ini lah jalan yang aku kena terima. Jika berjaya, Alhamdulillah. Kalau tak? Mungkin ada yang lebih baik menanti aku.

Minggu depan sepupu aku kawen, soalan soalan seperti "bila nak habis ni?" "kau ni tak penat penat ke belajar?" "Uda (sepupu sebaya) tu dah nak ada anak dah" "Kau bila nak kawen ni" akan bertubi tubi datang. Ah! Aku dah tak peduli. Mereka tak rasa, mereka tak tahu.

Pedulilah kata orang, orang hanya tahu pandang rendah, mengkeji, menuduh, mencaci, mengutuk. Bila kita senang, mereka datang. Bila kita susah, mereka buat tak kesah. Bukan mereka, aku pun macam tu.

Sekian saja update versi emosi. Salam


Tengok-tengok la yang ni jugak:

Related Posts with Thumbnails